faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Perbincangan Bersama Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

WhatsApp Image 2024 11 21 at 22.10.20 WhatsApp Image 2024 11 21 at 22.10.21 WhatsApp Image 2024 11 21 at 22.10.21 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mengadakan sesi perbincangan bersama YBrs. Encik Zahid bin Ismail, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 21 November 2024 bertempat di Putrajaya.

Sesi tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohamed Norjayadi bin Tamam, Timbalan KP MPC, YBhg. Datuk Hjh. Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi).

Perbincangan menjurus kepada kerjasama dua pihak dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Peranan JAN dan MPC dalam memperkasakan agenda reformasi perkhidmatan awam turut dibincangkan.

  • Modified on: 22 Nov 2024
  • Print
  • 189