Sesi Dialog Integriti: Tatakelola dan Tadbir Urus Beretika Dari Sudut Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara telah hadir memenuhi undangan Commerce Dot Com sebagai panel bagi Sesi Dialog Integriti: Tatakelola dan Tadbir Urus Beretika Dari Sudut Ketua Audit Negara pada 20 November 2024 bertempat di Putrajaya.
Sesi tersebut yang diadakan sempena sambutan Bulan Integriti Nasional itu telah dihadiri lebih 100 orang pegawai kanan Kerajaan dan sektor swasta. Melalui sesi tersebut, YBhg. Dato’ Seri telah berkongsi pandangan mengenai peri penting usaha pemantapan dan pemerkasaan integriti serta tatakelola baik di kalangan seluruh sektor Kerajaan, swasta dan segenap lapisan rakyat.