Sesi Libat Urus Ketua Audit Negara Bersama Warga Sektor Audit Prestasi
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara (KAN) telah meluangkan masa mengadakan sesi libat urus bersama warga Sektor Audit Prestasi (SAP) Jabatan Audit Negara pada 20 November 2024 bertempat di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Turut hadir bersama YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Tn. Hj. Y Hamdan bin Mohd Dom, Pengarah Audit, Bahagian Audit Prestasi I.
Usai sesi libat urus tersebut, Dato' Seri KAN berkesempatan melawat ruang kerja warga SAP serta melawat 'Galeri' koleksi barangan Tn. Hj. Y Hamdan bin Mohd Dom sepanjang perkhidmatan beliau sebelum persaraan pada akhir bulan November 2024.