faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) Bilangan 2 Tahun 2024

WhatsApp Image 2024 11 19 at 19.06.38 WhatsApp Image 2024 11 19 at 19.06.40 WhatsApp Image 2024 11 19 at 19.06.41 WhatsApp Image 2024 11 19 at 19.06.45

 

Mesyuarat Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) Bilangan 2 Tahun 2024 telah diadakan pada 19 November 2024 bertempat di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Penubuhan Jawatankuasa ini adalah selaras dengan pindaan seksyen 9 Akta Audit 1957 [Akta 62] yang telah diluluskan baru-baru ini berkaitan dengan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk membuat apa-apa syor untuk menangani apa-apa ketakteraturan serius serta kuasa menjalankan susulan audit dengan mengkaji semula tindakan yang telah diambil oleh mana-mana audit terhadap syor, ulasan dan pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara.

Mandat ini dilaksanakan melalui platform JSLKAN yang dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Marican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).

Mesyuarat turut dihadiri oleh ketua atau wakil daripada agensi penguatkuasa dan agensi pusat iaitu Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pelaksanaan mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu signifikan yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bersama ahli tetap mengikut bidang kuasa yang telah diperuntukkan dalam undang-undang masing-masing. Ini bagi memastikan syor, ulasan dan pandangan Ketua Audit Negara dalam LKAN diberi perhatian sewajarnya serta disusuli dengan tindakan/siasatan lanjut mengikut bidang kuasa agensi penguatkuasa dan agensi pusat yang berkenaan.

Mesyuarat kali ini juga telah memperakukan Garis Panduan Susulan Audit selaras dengan pindaan Akta Audit yang memperuntukkan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengeluarkan apa-apa garis panduan yang perlu dan suai manfaat bagi maksud menjalankan semua peruntukan di bawah Akta 62.

  • Modified on: 21 Nov 2024
  • Print
  • 397