faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sambutan Bulan Integriti Peringkat JAN Negeri Pahang

WhatsApp Image 2024 11 17 at 18.16.18 WhatsApp Image 2024 11 17 at 18.16.19 WhatsApp Image 2024 11 17 at 18.16.19 1 WhatsApp Image 2024 11 17 at 18.16.20

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Jabatan Audit Negara Negeri Pahang (JANNP) di Kuantan, Pahang pada 17 November 2024.

Dalam majlis tersebut juga, Dato' Seri KAN telah menyampaikan surat pelantikan Personel Integriti JANNP kepada Puan Nurfarhana bt Amran, Ketua Seksyen Audit Kewangan. Beliau akan bertindak sebagai Penyelaras Hal Ehwal Integriti antara Unit Integriti Jabatan Audit Negara dan JANNP.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Encik Anuwar Asmuni, Pengarah Audit Negeri Pahang dan seluruh warga kerja JANNP.

Usai majlis tersebut, Dato' Seri Wan Suraya berkesempatan beramah mesra dan melihat persekitaran kerja warga JAN Pahang termasuk pengubahsuaian bilik pejabat baharu sebelum bergerak pulang ke Putrajaya.

"π—§π—²π—΄π˜‚π—΅ π—œπ—»π˜π—²π—΄π—Ώπ—Άπ˜π—Ά, π—žπ˜‚π—Έπ˜‚π—΅ π—£π—²π—Ώπ˜π—Άπ˜„π—Ά"

  • Modified on: 18 Nov 2024
  • Print
  • 131