faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Peluncuran Kursus Pemantapan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Utara dan
Bengkel Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam (MAI) Zon Utara

WhatsApp Image 2024 10 31 at 11.33.23 WhatsApp Image 2024 10 31 at 11.33.25 WhatsApp Image 2024 10 31 at 11.33.25 1

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Kursus Pemantapan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Utara dan Bengkel Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam (MAI) Zon Utara pada 30 Oktober 2024.

Majlis tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna, Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang dan dihadiri seramai 50 tetamu jemputan selain 75 peserta bagi kedua-dua kursus dan bengkel berkenaan.

Dalam ucapan peluncuran beliau, YBhg. Datuk KAN menegaskan bahawa kedua program merupakan inisiatif Jabatan Audit Negara (JAN) dalam meningkatkan tata kelola dan pengurusan kewangan institusi PBT dan MAI di seluruh negara.

Turut hadir ke majlis peluncuran tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Dato' Dr. Nadzman bin Mustaffa – Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; YBhg. Dato' Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAI Negeri Pulau Pinang; En. Chien Khien Long dari

Jabatan Kerajaan Tempatan serta wakil dari PBT dan MAI di negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis.

WhatsApp Image 2024 10 31 at 11.33.28 WhatsApp Image 2024 10 31 at 11.33.32 WhatsApp Image 2024 10 31 at 11.33.33
  • Modified on: 01 Nov 2024
  • Print
  • 243