Ziarah Kasih Ketua Audit Negara Kepada Keluarga Allahyarham Mohd Ridhuan bin Ishak, Mantan Pembantu Juruaudit Gred W28
![]() |
![]() |
![]() |
Pada 30 Oktober 2024, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menziarah keluarga Allahyarham Mohd Ridhuan bin Ishak, mantan Pembantu Juruaudit Gred W28, Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang yang kembali ke Rahmahtullah pada 26 Oktober 2024 di rumah beliau di Sg. Lalang, Bedong, Kedah.
Datuk KAN menzahirkan ucapan takziah daripada seluruh warga Jabatan Audit Negara kepada isteri serta anak-anak dan waris Allahyarham. Turut hadir adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Dr. Zaharuddin bin Zainal Abidin, Pengarah Audit Negeri, JAN Pulau Pinang dan Puan Hely Herlynna binti Mohd Kassim, Setiausaha Kehormat Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN).
Datuk KAN turut menyampaikan sumbangan beliau dan warga JAN dengan kerjasama MASJAN dan JAN Pulau Pinang kepada balu Allahyarham. Ini turut merangkumi sumbangan melalui Tabung Kebajikan Jabatan Audit Negara yang telah diwujudkan pada awal tahun 2024 bertujuan untuk menjaga kebajikan seluruh warga jabatan termasuk keluarga warga JAN yang telah meninggal dunia.