faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN)
Bagi Bulan Oktober 2024 Dan Perasmian Galeria JAN

WhatsApp Image 2024 10 30 at 08.23.21 WhatsApp Image 2024 10 30 at 08.23.21 2 WhatsApp Image 2024 10 30 at 08.23.22 WhatsApp Image 2024 10 30 at 08.23.24 1

 

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan Oktober 2024 telah diadakan pada 29 Oktober 2024 (Selasa) di ibu pejabat JAN, Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada 17 orang juruaudit di JAN; penyampaian sijil penghargaan profesional kepada Ir. Ts. Encik Muhammad Zulhilmi bin Rosli daripada Sektor Audit Prestasi yang telah diiktiraf sebagai teknologis profesional dan jurutera profesional oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM); dan penyampaian sijil dan hadiah bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan September dan Oktober 2024.

Majlis perjumpaan tersebut disusuli dengan Majlis Perasmian Galeria JAN. Galeria JAN yang diinspirasikan oleh YBhg. Datuk KAN dan merupakan ruangan baharu yang mempamerkan sejarah audit negara sejak penubuhan JAN, sebagai simbol penghargaan terhadap pencapaian Jabatan ini.

Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); dan pegawai-pegawai kanan JAN.

WhatsApp Image 2024 10 30 at 08.23.25 WhatsApp Image 2024 10 30 at 08.23.27 WhatsApp Image 2024 10 30 at 08.23.28 WhatsApp Image 2024 10 30 at 08.23.28 1
  • Modified on: 30 Oct 2024
  • Print
  • 234