faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Jabatan Audit Negara Beragama Hindu Sempena Sambutan Perayaan Hari Deepavali

WhatsApp Image 2024 10 29 at 05.44.15 WhatsApp Image 2024 10 29 at 05.44.15 1 WhatsApp Image 2024 10 29 at 05.44.16

 

YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) meluangkan masa beramah mesra dengan warga Jabatan Audit Negara (JAN) beragama Hindu yang diketuai oleh Encik A S Sinarao Nagayah @ Nagaraju, Pengarah Audit Negeri, Negeri Sembilan sempena persediaan sambutan perayaan Hari Deepavali pada 31 Oktober 2024 ini.

Datuk KAN menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua warga JAN yang meraikannya. Beliau juga menerima bingkisan kuih tradisional yang disediakan sendiri oleh warga JAN tersebut.

Turut hadir bersama Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg Datuk Hajah Patimah Ramuji.

  • Modified on: 29 Oct 2024
  • Print
  • 140