faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis High Tea “Seharum Nama, Semekar Budi, Seuntai Kenangan” PUSPANITA Jabatan Audit Negara

WhatsApp Image 2024 10 29 at 13.51.42 WhatsApp Image 2024 10 29 at 13.51.43 WhatsApp Image 2024 10 29 at 13.51.44

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah meluangkan masa menghadiri Majlis High Tea PUSPANITA JAN bagi meraikan khidmat bakti YBrs. Puan Hajah Siti Roslina Muhamad, Pengerusi PUSPANITA JAN serta sembilan ahli PUSPANITA yang telah dan akan melepaskan jawatan berikutan persaraan atau pertukaran tempat bertugas.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara merakamkan pengharapan agar PUSPNITA JAN akan terus bergerak aktif dan ahli-ahli PUSPANITA kekal kreatif dalam melaksanakan aktiviti PUSPANITA. Beliau juga telah menyampaikan cenderahati tanda kenangan kepada Pengerusi dan ahli jawatankuasa PUSPANITA yang dirai.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Pengarah-Pengarah JAN.

WhatsApp Image 2024 10 29 at 13.51.45 1 WhatsApp Image 2024 10 29 at 13.51.45 2 WhatsApp Image 2024 10 29 at 13.51.48
  • Modified on: 29 Oct 2024
  • Print
  • 205