faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Pembukaan bagi Pengauditan Pematuhan Terhadap Perolehan Pre-Q Terpilih

WhatsApp Image 2024 10 25 at 18.41.55 WhatsApp Image 2024 10 25 at 18.41.56 WhatsApp Image 2024 10 25 at 18.41.56 1 WhatsApp Image 2024 10 25 at 18.41.57

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan bagi Pengauditan Pematuhan Terhadap Perolehan Pre-Q Terpilih pada 25 Oktober 2024 di Bilik Mesyuarat Perdana, Jabatan Audit Negara.

Tujuan pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan Perolehan Pre-Q Terpilih dilaksanakan berdasarkan peraturan yang ditetapkan dan amalan tata kelola yang baik. Perkara ini seiring dengan hasrat Kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan projek melalui tata kelola perolehan yang telus dan terbuka sepertimana ditekankan dalam teras kerangka Ekonomi MADANI yang mengutama aspek ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam Kerajaan.

Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Encik Mohd Shahril bin Yahya, Pengarah Audit Prestasi JAN.

Mesyuarat juga dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Setiausaha Bahagian dan pegawai kanan daripada lima Kementerian/Jabatan iaitu KKR, KKDW, Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sabah.

  • Modified on: 28 Oct 2024
  • Print
  • 203