Majlis Penutup Kursus Forensik Jabatan Audit Negara Dan
Majlis Peluncuran Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) Di Akademi Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Forensik Jabatan Audit Negara (JAN) pada 25 Oktober 2024 bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara (AAN), Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Majlis berkenaan dihadiri barisan penceramah terdiri dari Encik Prabhat Kumar dari Alliance IFA (M), Puan Penolong Pesuruhjaya (PPj) Siti Radiah A. Rahim dan Encik Penguasa Kanan (PsK) Fakhrul Syahmi Abdu Rahman dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Encik Khairul Azhar Norhan dari PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia.
Kursus Forensik ini telah diadakan selama lima (5) hari dari 21 hingga 25 Oktober 2024 melibatkan seramai 36 orang peserta kursus dari kalangan pegawai JAN.
Penganjuran kursus ini merupakan antara usaha JAN untuk melengkapkan kemahiran dan kecekapan para Juruaudit JAN dalam melaksanakan pengauditan dengan pemahaman isu semasa dan kaedah best practice yang terbaik.
Turut hadir ke majlis penutup tersebut ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Audit Negara serta Puan Nurul A'in Abdul Latif, Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia.
Selepas Majlis Penutup Kursus Forensik tersebut, YBhg. Datuk KAN telah menyempurnakan Majlis Peluncuran kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) baharu untuk kegunaan para peserta kursus di AAN termasuk Lif OKU di perkarangan lobi Akademi. AAN turut menyediakan parkir kenderaan khas buat pengguna OKU untuk meletakkan kenderaan yang berhampiran dengan pintu masuk AAN. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan dan Ketua Cawangan Mekanikal Negeri Sembilan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |