faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Peluncuran Kursus Forensik Jabatan Audit Negara

WhatsApp Image 2024 10 21 at 23.38.03 WhatsApp Image 2024 10 21 at 23.38.03 1 WhatsApp Image 2024 10 21 at 23.38.04

 

Majlis Peluncuran Kursus Forensik Jabatan Audit Negara (JAN) telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) pada 21 Oktober 2024 bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara (AAN), Bandar Enstek.

Seramai 34 orang pegawai JAN telah terpilih menyertai Kursus tersebut yang dianjurkan oleh AAN selama 5 hari bermula 21 hingga 25 Oktober 2024.

Kursus ini membawakan topik dan modul yang diperbaharui seiring perkembangan semasa bidang teknologi termasuk "Computer Forensic", "Technology and AI Tools" serta "Challenges and Limitations of Conducting Forensic Audit in Malaysia".

Modul latihan menggabungkan tenaga pengajar dari bidang komersil iaitu Alliance IFA (M) Sdn. Bhd. beserta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan firma audit swasta PricewaterhouseCoopers PLT. (PwC). 

Turut hadir ke majlis peluncuran tersebut ialah YBhg. Datuk Nor Salwani Mohammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); dan YBrs Puan Baridatul Anita, Pengarah AAN.

  • Modified on: 15 Nov 2024
  • Print
  • 265