Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Wisma Audit Sabah, Kota Kinabalu pada 19 Oktober 2024.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Dato' Herman bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah 1 (Pembangunan Inklusif), Kementerian Ekonomi; YBrs. Puan Hajah Myrna Jimenez, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah; YBrs. Encik Haizar Razif Hisyam Ajaz Nabijan, Pengurus Besar Kumpulan, SEDCO; dan YBrs. Dr. Hajah Mona binti Othman, Pengarah Audit Negeri Sabah.