Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah dijemput hadir ke Majlis Perasmian Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu, 19 Oktober 2024. Majlis ini telah diluncurkan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
SIBEC 2024 bertujuan untuk mempromosikan pembangunan ekonomi berasaskan sumber laut di Sabah, dengan fokus kepada sektor perikanan, tenaga boleh diperbaharui, dan pelancongan marin. Persidangan ini juga berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan teknologi baharu dan menarik pelaburan melalui pameran dan sesi interaktif.
Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan YBrs. Dr. Mona binti Othman, Pengarah Audit Negeri Sabah.