faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah

WhatsApp Image 2024 10 20 at 14.09.34 1 WhatsApp Image 2024 10 20 at 14.09.34 2 WhatsApp Image 2024 10 20 at 14.09.36 WhatsApp Image 2024 10 20 at 14.09.37

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah hadir ke Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah pada 19 Oktober 2024 di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini telah diluncurkan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Sabah menjadi lokasi terakhir sekaligus penutup bagi Program MADANI Rakyat tahun ini, selepas penganjuran di Zon Tengah (Selangor), Zon Utara (Pulau Pinang), Zon Timur (Pahang), Zon Selatan (Johor Bahru), serta Sarawak.

Program MADANI Rakyat Zon Sabah merupakan platform untuk mendekatkan Kerajaan kepada rakyat di negeri Sabah serta memperkukuh hubungan antara Kerajaan dan masyarakat setempat.

Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan YBrs. Dr. Mona binti Othman, Pengarah Audit Negeri Sabah.

  • Modified on: 20 Oct 2024
  • Print
  • 338