Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada 11 Oktober 2024 di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam, Selangor.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin FASc, Naib Canselor UiTM.
Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan UiTM Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.
Sejurus selesai sesi tersebut, YBhg. Datuk KAN telah meninjau Pejabat Seksyen Audit Tetap UiTM di Bangunan Wawasan UiTM.
![]() |
![]() |