Sesi Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 kepada Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat
![]() |
![]() |
![]() |
Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 (LKAN 3/2024) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 dan LKAN 3/2024 mengenai Kerajaan dan Agensi Negeri akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 14 Oktober 2024.
Sesi Penyerahan LKAN 3/2024 tersebut kepada En. Shaharzad bin Yusof, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat telah selesai dilaksanakan jam 5.15 petang pada 11 Oktober 2024 di Parlimen oleh YBrs. Puan Norliza binti Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan 4, Sektor Audit Kewangan, Jabatan Audit Negara.