faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Ziarah Kasih Ketua Audit Negara Kepada Pegawai Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu

WhatsApp Image 2024 10 08 at 06.54.22 WhatsApp Image 2024 10 08 at 06.54.24 WhatsApp Image 2024 10 08 at 06.54.25

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah meluangkan masa menziarahi Puan Fadzilah Jusoh, Juruaudit (W44) di kediaman keluarga beliau di Kuala Terengganu pada 7 Oktober 2024. Puan Fadzilah disahkan menghidap penyakit kritikal sejak awal tahun ini dan kini sedang bercuti sakit dan menjalani rawatan susulan.

Di kesempatan yang sama, YBhg. Datuk KAN telah menyerahkan sumbangan tunai Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) dan peribadi beliau sebagai sokongan moral dan kewangan kepada pegawai dan keluarga.

Turut sama dalam sesi ziarah tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV dan pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara.

Seluruh warga JAN terus mendoakan agar Puan Fadzilah dikurniakan aafiyah dengan segera dan kembali sihat seperti sedia kala.

  • Modified on: 09 Oct 2024
  • Print
  • 163