faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Perjumpaan Dengan Warga Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu

WhatsApp Image 2024 10 09 at 07.40.06 WhatsApp Image 2024 10 09 at 07.40.06 1 WhatsApp Image 2024 10 09 at 07.40.06 2 WhatsApp Image 2024 10 09 at 07.40.08

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan perjumpaan dengan warga Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu (JAN Terengganu) di Wisma Audit Negeri Terengganu pada 8 Oktober 2024.

Perjumpaan yang dihadiri oleh 68 orang warga JAN Terengganu ini turut meraikan persaraan Encik Zulkifli bin Tungal, Pengarah Audit Negara (PAN) Terengganu dan pertukaran pegawai JAN Terengganu.

Dalam ucapan beliau, Datuk KAN merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PAN atas khidmat cemerlang beliau sepanjang menerajui pengurusan JAN Terengganu. Beliau turut berpesan kepada warga JAN Terengganu agar terus dinamik dalam tugasan harian dan memberi sokongan padu pada pimpinan baru kelak.

Perjumpaan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan Puan Norliza Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV.

  • Modified on: 09 Oct 2024
  • Print
  • 262