faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Program CSR Jabatan Audit Negara di Asrama Anak Yatim Darul Falah, Marang, Terengganu

WhatsApp Image 2024 10 09 at 06.50.43 WhatsApp Image 2024 10 09 at 06.50.45 WhatsApp Image 2024 10 09 at 06.50.48 WhatsApp Image 2024 10 09 at 06.50.49

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah meluangkan masa menyantuni 121 orang anak-anak dari Asrama Anak Yatim Darul Falah sempena Program CSR Jabatan Audit Negara pada 8 Oktober 2024 bertempat di Bukit Payong Marang, Terengganu.

Inisiatif ini telah digerakkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Audit Terengganu (KESKAT) yang diketuai oleh Encik Zulkifli bin Tungal, Pengarah Audit Negeri selaku Yang Dipertua. Ini merupakan peluang kepada Jabatan Audit Negara terutamanya JAN Negeri Terengganu untuk menjalin kerjasama dan ukhuwah bagi menjayakan program-program lain di masa akan datang.

Turut bersama dalam program ini ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV; dan Tuan Haji Halim bin Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Asrama Anak Yatim Darul Falah.

WhatsApp Image 2024 10 09 at 06.50.50 WhatsApp Image 2024 10 09 at 06.50.51 WhatsApp Image 2024 10 09 at 06.50.51 1 WhatsApp Image 2024 10 09 at 06.50.52
  • Modified on: 09 Oct 2024
  • Print
  • 148