faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Penutup Program Pemantapan Pengurusan Perolehan Jabatan Audit Negara (JAN) Peringkat Zon Utara

WhatsApp Image 2024 10 04 at 02.42.29 1 WhatsApp Image 2024 10 04 at 02.42.29 2 WhatsApp Image 2024 10 04 at 02.42.31 WhatsApp Image 2024 10 04 at 02.42.32

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyempurnakan Majlis Penutup Program Pemantapan Pengurusan Perolehan Jabatan Audit Negara (JAN) peringkat Zon Utara pada 3 Oktober 2024 anjuran Bahagian Kewangan dan Pentadbiran (BKP) JAN.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pegawai dan kakitangan JAN dalam mengendalikan urusan perolehan dan kewangan berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk KAN menyatakan harapan beliau agar semua peserta program dapat memanfaatkan ilmu dan pendedahan yang telah diberikan sepanjang program dilaksanakan. Beliau juga turut menggalakkan semua peserta agar terus mengikuti kursus-kursus ditawarkan oleh INTAN atau lain-lain Pusat Latihan Kerajaan supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman masing-masing dalam tatacara perolehan dan kewangan.

Program yang diadakan selama 3 hari mulai 2 Oktober 2024– 4 Oktober 2024 ini disertai oleh 40 orang pegawai dan kakitangan JAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan perolehan dan kewangan di JAN Negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV; Puan Mazmiza Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah dan Encik Rashidi Baba, Timbalan Pengarah, BKP, JAN.

  • Modified on: 04 Oct 2024
  • Print
  • 290