faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Libat Urus Telah Diadakan Oleh Akademi Audit Negara (AAN) Bersama Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)

WhatsApp Image 2024 10 03 at 13.05.54 WhatsApp Image 2024 10 03 at 13.05.54 1 WhatsApp Image 2024 10 03 at 13.05.55

 

Sesi libat urus telah diadakan oleh Akademi Audit Negara (AAN) yang diketuai oleh Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah AAN bersama Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) pada 2 Oktober 2024. Delegasi MICPA diketuai oleh Cik Adrina Lim, Ketua Pengarah Eksekutif MICPA bersama 4 pegawai manakala barisan pegawai Akademi Audit Negara (AAN) yang hadir termasuk Puan Farizah binti Harman, Timbalan Pengarah AAN dan Ketua-ketua Program.

Perbincangan meliputi aspek kerjasama dua hala bagi menjadikan Jabatan Audit Negara (JAN) sebagai MICPA Approved Training Employer selain pembangunan kapasiti Juruaudit JAN melalui pensijilan profesional tempatan khususnya MICPA dan latihan kepada pegawai JAN berkaitan perakaunan, pengauditan serta data analitik.

  • Modified on: 03 Oct 2024
  • Print
  • 259