Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Ibu Pejabat, Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha MINDEF ; YBhg. Datuk Zubir Ansori bin Yahaya, Pengerusi Jawatankuasa Audit LTAT; Encik Mohamad Ashraf bin Mohd Radzi, Ketua Eksekutif LTAT; YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan Puan Norliza binti Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan JAN.
Sejurus selepas mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.