faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Persidangan Kebangsaan Institusi Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) 2024

WhatsApp Image 2024 09 30 at 17.29.50 WhatsApp Image 2024 09 30 at 17.29.50 1 WhatsApp Image 2024 09 30 at 17.29.51

 

Hari ini, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah dijemput hadir ke Persidangan Kebangsaan Institusi Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) 2024 sebagai panel dalam program "Fireside Chat: Governance Unplugged".

Ucaptama Persidangan telah disampaikan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan (TMK). Dalam ucapan beliau telah menyatakan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan standard tata kelola pengurusan wang awam melalui pindaan Akta Audit 1957 yang memperluaskan kuasa dan keupayaan pemantauan Ketua Audit Negara. Tambah beliau lagi, melalui kepimpinan Datuk Wan Suraya, beberapa projek transfomatif telah diperkenalkan dengan memberi penekanan kepada pendigitalan, pengauditan berasaskan risiko dan tadbir urus kolaboratif.

Dalam sesi panel ini, YBhg. Datuk KAN telah menekankan aspek kepentingan tatakelola mapan selaras dengan perubahan serta inovasi persekitaran. Selain itu, beliau turut memberi perhatian kepada peranan Juruaudit Dalam masa kini dan persediaan bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

Bercakap kepada hampir 900 orang peserta, YBhg. Datuk KAN turut membincangkan pindaan Akta Audit yang memperluaskan skop audit JAN kepada badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan, sekaligus memperkukuh akauntabiliti sektor awam. Beliau mengulangi komitmen JAN untuk memastikan syor dan penemuan audit diambil tindakan dengan segera dan berkesan oleh pihak yang diaudit, sekali gus memupuk kecemerlangan tadbir urus awam.

Persidangan Kebangsaan IIAM 2024 menghimpunkan peserta yang sebahagian besar terdiri daripada Juruaudit Dalam sektor awam dan sektor swasta dari seluruh Malaysia. Persidangan kali ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai Environmental, Social, and Governance (ESG), cybersecurity, integrasi teknologi/Artificial Intelligence (AI) dan pengesanan fraud, yang akan memberi kesan kepada perubahan peranan juruaudit dalam mempertahankan daya tahan, kemampanan dan integriti korporat.

Hadir sama pada sesi tersebut ialah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).

WhatsApp Image 2024 09 30 at 17.29.51 1 WhatsApp Image 2024 09 30 at 17.29.52 WhatsApp Image 2024 09 30 at 17.29.52 1
  • Modified on: 30 Sep 2024
  • Print
  • 428