Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Islam Sarawak (MIS) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Islam Sarawak (MIS) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Kompleks Islam Sarawak, Kuching.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak; Sahibus Samahah YBhg. Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak; YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Rokiah bin Sahat, Pengarah Audit Negeri Sarawak, dan YBrs. Encik Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS).
Sejurus selepas mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.