Mesyuarat ke-60 dan ke-61 ASIAN ORGANIZATION OF SUPREME AUDIT INSTITUTIONS (ASOSAI) Governing Board, Perhimpunan Agung ASOSAI ke-16 dan Simposium ASOSAI, New Delhi, India
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara bersama delegasi Jabatan Audit Negara telah menghadiri Mesyuarat ke-60 dan ke-61 ASIAN ORGANIZATION OF SUPREME AUDIT INSTITUTIONS (ASOSAI) Governing Board, Perhimpunan Agung ASOSAI ke-16 dan Simposium ASOSAI di New Delhi, India pada 22 hingga 27 September 2024.
Perhimpunan Agung ASOSAI merupakan perhimpunan 48 Supreme Audit Institution (SAIs) daripada seluruh rantau Asia. Perhimpunan ini diadakan setiap tiga tahun sekali sebagai platform bagi semua Ketua Audit Negara dari Asia yang menganggotai ASOSAI untuk berbincang dan memutuskan perkara-perkara dasar sejajar dengan objektif penubuhannya serta mengembangkan potensi pembangunannya.
Dalam perhimpunan kali ini, Ketua Audit Negara telah berjaya mempertahankan kerusi sebagai ahli ASOSAI governing board bagi penggal 2024-2027 dengan memperoleh jumlah undi tertinggi sebanyak 34 daripada 42 negara ahli ASOSAI yang hadir. Angka ini menunjukkan peningkatan sejumlah 26 undi yang diperolehi Malaysia pada tahun 2021. Ini merupakan pengiktirafan terhadap keupayaan dan peranan Malaysia dalam komuniti pengauditan sektor awam rantau Asia serta dapat memantapkan lagi pembangunan kapasiti dan kompetensi Juruaudit awam Malaysia di peringkat antarabangsa.