Program Lawatan Ketua Audit Negara ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah meluangkan masa melawat ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 bersempena dengan pengauditan bertema “Keterjaminan dan Keselamatan Makanan” di Taman Expo Pertanian, Malaysia (MAEPS), Serdang.
Kehadiran YBhg. Datuk KAN ke Pameran MAHA 2024 ini telah disambut oleh YB Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Dalam sesi lawatan ini, Datuk KAN telah berkesempatan melawat ke Laman Sayuran & Herba, Laman Perikanan & Akuakultur serta Pavilion Negeri Perak.
Turut serta dalam sesi lawatan tersebut ialah YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); serta Pengarah-Pengarah dan para pegawai daripada Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara (JAN).
Seterusnya, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YBrs. Encik Amir bin Matamin, Ketua Pengarah LPP bertempat di Laman Mekanisasi MAHA. Majlis penyerahan sijil tersebut turut disaksikan oleh YBhg. Dato' Wira Haji Mahfuz bin Omar, Pengerusi LPP dan YBrs. Puan Norliza Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan (IV), Sektor Audit Kewangan, JAN.
![]() |
![]() |
![]() |