Sambutan Hari Malaysia 2024
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah hadir ke Sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah. Acara bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” itu disambut meriah dengan kehadiran lebih 40,000 rakyat bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara bersempena Hari Malaysia 2024.
Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia! Mari kita raikan kekuatan dalam kepelbagaian budaya, bahasa, dan agama yang menyatukan kita sebagai satu bangsa yang harmoni.