Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah hadir ke Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tahun 2024 yang diadakan pada 10 September 2024 bertempat di Puspanitapuri, Putrajaya.
YBhg. Tan Sri Dato' Sri KSN dalam amanat sulungnya telah memperkenalkan aspirasi "Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam". Agenda ini akan menumpukan kepada lima (5) Bidang Keberhasilan Reformasi iaitu, Penghayatan Nilai dan Tatakelola; Pembangunan Modal Insan; Pembangunan Organisasi; Penyampaian Perkhidmatan dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.