faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara Bagi Bulan September 2024

 459083480 925279196310794 8012267395541589143 n 459052014 925279109644136 6692566515482221281 n 459323031 925278962977484 3537001095855193164 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan amanat kepada seramai 1,300 orang warga JAN yang telah hadir secara fizikal dan dalam talian di seluruh negara.

Majlis Perjumpaan bulan ini bertemakan “Malaysia Madani : Jiwa Merdeka” bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos 2024 dan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September 2024.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk KAN telah menekankan tentang peranan Juruaudit dalam mengekalkan kemerdekaan dengan memastikan pentadbiran yang telus, akauntabiliti dalam penggunaan dana awam, dan ketelusan dalam setiap aspek pengurusan negara.

Datuk KAN juga menyeru agar seluruh warga JAN untuk memperkukuhkan jati diri dan semangat cinta akan negara dengan memberi sepenuh komitmen kepada tugasan hakiki seharian yang signifikan agar kestabilan ekonomi dan keaamanan negara yang sedia ada dapat dikekalkan.

Majlis perjumpaan tersebut disusuli dengan Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Ceramah Kenegaraan Malaysia MADANI dari Akademi Kenegaraan Malaysia.

Turut hadir YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Pengarah-pengarah Negeri JAN.

 458505150 925279389644108 9005507319147518554 n  459280536 925279346310779 4542066791383912840 n 459365057 925279236310790 1697921869971435765 n
  • Modified on: 11 Sep 2024
  • Print
  • 185