Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN)
![]() |
![]() |
YBhg Datuk Ketua Audit Negara telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 9 September 2024 di Putrajaya.
Antara intipati perbincangan menyentuh peranan Jabatan Audit Negara dalam usaha Kerajaan untuk memperkukuh tatakelola khususnya dengan memberi perhatian serius terhadap isu melibatkan profesionalisme agensi penguat kuasa yang memberi persepsi negatif terhadap orang awam, di samping isu rasuah yang melibatkan perolehan Kerajaan serta penyalahgunaan dana awam, terutamanya melibatkan entiti yang menerima dana awam daripada Kerajaan.