Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah hadir ke Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 9 September 2024 di Cyberjaya.
Dalam ucapan perasmiannya, YAB Perdana Menteri menyatakan PIKAS 2030 merupakan satu petanda pengarahan yang jelas tentang halatuju negara. Beliau turut menegaskan sebarang projek kerjasama awam-swasta perlu mengambil kira konsep dan prinsip tatakelola yang tegas dan tidak bertolak ansur dengan sebarang karenah birokrasi berlebihan.