Lawatan Kerja Ketua Audit Negara (KAN) ke Singapura
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sorotan Lawatan Kerja YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) ke Singapura pada 14 dan 15 Ogos 2024. Lawatan ini merupakan lawatan balas KAN kepada rakan sejawat beliau, Ketua Audit Negara Singapura (AGO) TYT Madam Goh Soon Poh, yang telah melawat Malaysia pada 11 September 2023.
Pelbagai topik telah dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara kedua negara termasuk kerjasama strategik dan perkongsian latihan dalam bidang pengauditan sektor awam Malaysia dan Singapura.
Beliau juga telah mengadakan lawatan kerja ke Greenphyto Innovation Centre Singapura di samping melaksanakan semakan lapangan terhadap beberapa fasiliti Kerajaan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.
Seterusnya YBhg. Datuk KAN telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Pejabat Perwakilan Malaysia di Singapura. Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah TYT Datuk Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura; dan YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |