Majlis Jasamu Dikenang Sektor Audit Kewangan
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN ) telah meluangkan masa menghadiri Majlis Jasamu Dikenang Sektor Audit Kewangan sempena persaraan YBrs. Puan Nor Azian Nordin, Pengarah Audit Bahagian I, Sektor Audit Kewangan pada 13 Ogos 2024 (Selasa) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs Pn Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan YBrs Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat). Dalam ucapan beliau, Datuk KAN mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti Pn Nor Azian kepada negara dan perkhidmatan.