Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah membuat kunjungan hormat kepada YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 12 Ogos 2024 (Isnin).
Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KAN.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, SUK Negeri Perak; YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan Puan Selwah binti Haji Said, Pengarah Audit Negeri Perak.
Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YB Dato' SUK Negeri Perak.