faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Tinjauan Lokasi Dan Status Pelaksanaan Projek Sempena Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara (JAN)

 454739845 900103768828337 4315503754680744590 n  454754278 900103722161675 8823640403573814726 n  454803202 900103802161667 6225708116349728114 n 454944262 900103752161672 8261143722851991467 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Taiping, Perak pada 11 Ogos 2024 bertujuan meninjau lokasi dan status pelaksanaan projek sempena Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) di Kampung Masjid, Ijok, Perak. Fokus utama program ini adalah untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar melalui pendekatan Whole of Government.

Turut hadir ke sesi lawatan tersebut ialah YB Dato’ Mohd Zaki Bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YBrs. Pn Haliza binti Sipun, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Perak; YBrs. Encik Azunan bin Daud, Pengarah Audit Kewangan JAN; dan Puan Selwah binti Said, Pengarah JAN Perak juga wakil-wakil dari Jabatan Negeri dan Daerah Larut Matang dan Selama.

Seusai lawatan tersebut, YBhg. Datuk KAN telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek Kampung Angkat Madani JAN. Beliau turut menerima taklimat berkenaan status kemajuan projek-projek pembangunan dan menaik taraf daripada Encik Mohd Nasrul bin Menhat, Pegawai Daerah Larut Matang.

Semoga setiap apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya menjelang Majlis Peluncuran yang dijadualkan pada 2 dan 3 November 2024.

 454763322 900103945494986 8149148435392444705 n  454944938 900104182161629 101062286144087325 n  454997073 900103698828344 6298400314946589321 n  455004812 900103608828353 1460015268149537143 n
  • Modified on: 12 Aug 2024
  • Print
  • 241