faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan

 454448595 898397485665632 6942387792609889264 n  454502313 898397472332300 5063609085770882680 n  454586776 898397555665625 5879407294811600814 n 454473903 898397538998960 4058687557529417140 n

 

Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menghadiri Majlis Peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM pada 9 Ogos 2024 di Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Garis Panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Pengawal dalam pelaksanaan peraturan dan prosedur berkaitan dengan pengurusan dan tatakelola dalam Badan Berkanun Persekutuan (BBP).

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa Ketua Audit Negara dan SPRM perlu bertindak dengan lebih tegas dan menyiasat secara menyeluruh ke semua agensi dan badan berkanun persekutuan bagi mengelak berlakunya pelanggaran tatakelola dan rasuah.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak Kerajaan akan mengkaji untuk memberi tambahan peruntukan bagi memperluas mekanisme pemantauan audit, mencakupi semua peringkat iaitu persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Turut hadir; YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; dan YBhg. Datuk Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Pengarah ICU JPM.

  • Modified on: 10 Aug 2024
  • Print
  • 821