Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi Bulan Julai 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan Julai 2024 telah diadakan pada 8 Ogos 2024 di ibu pejabat JAN, Putrajaya. YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan amanat kepada seramai 800 orang warga JAN yang hadir secara fizikal dan atas talian di seluruh negara.
Majlis perjumpaan tersebut disusuli dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan serta Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Audit Negara. Majlis ini bertujuan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan cintakan negara khususnya dalam kalangan warga JAN menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.
Turut hadir YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad; dan pegawai-pegawai kanan JAN.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |