faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Peluncuran Kursus Pemantapan dan Pengukuhan Juruaudit Dalam

 454402969 897394105765970 8249022248945250982 n  454210867 897394219099292 50475330411615301 n  451072621 897394379099276 4998244358497941180 n 454561734 897394135765967 4780168500168471738 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah merasmikan Majlis Peluncuran Kursus Pemantapan dan Pengukuhan Juruaudit Dalam bertempat di Akademi Audit Negara (AAN), Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Kursus anjuran AAN ini dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Kementerian Kewangan dari 6-8 Ogos 2024.

Seramai 48 orang pegawai dari gred W29 sehingga gred W52 yang ditempatkan di Unit Audit Dalam (UAD) pelbagai Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Audit Sekolah dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menyertai kursus ini.

Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg. Datuk KAN menyatakan harapan agar kursus ini akan dapat membantu para pegawai UAD dalam melaksanakan pengauditan dengan lebih cekap dan berkesan. Ini bagi meningkatkan kepercayaan awam terhadap pengurusan serta pentadbiran Kerajaan disamping memastikan sumber awam digunakan dengan lebih bertanggungjawab.

Beliau turut mengarahkan agar AAN bersama rakan strategik BKSK MOF dapat melaksanakan lebih banyak gerak kerja kursus latihan dan naziran UAD dalam masa terdekat seperti yang digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan PS3.1, Arahan Ketua Audit Negara Bil. 3 Tahun 2024 baru-baru ini.

Turut hadir ke majlis perasmian tersebut ialah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Puan Nor Azizati Hamzah, Setiausaha Bahagian (BKSK, MOF) dan YBrs. Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.

  • Modified on: 09 Aug 2024
  • Print
  • 376