Sesi Perjumpaan Bersama Warga Kerja Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Kedah
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah berkesempatan meluangkan masa mengadakan perjumpaan bersama seramai 63 orang warga kerja Jabatan Audit Negara (JAN), Negeri Kedah di Wisma Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Alor Setar, pada 6 Ogos 2024 (Selasa).
Dalam amanat beliau, YBhg. Datuk KAN menyeru kepada semua warga kerja JAN Negeri Kedah agar sentiasa berasa berbangga dapat berkhidmat di organisasi yang amat penting dan antara yang tertua dalam negara dan perlu jelas dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam organisasi.
Semoga dengan sesi perjumpaan ini dapat menyuntik iltizam kepada semua warga JAN Kedah dalam melaksanakan tugasan pengauditan secara profesional dan berakauntabiliti sebagai cerminan Jabatan Audit Negara.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV dan Puan Mazmiza Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.