Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah membuat kunjungan hormat kepada YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 6 Ogos 2024 (Selasa).
Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KAN.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan);YB Dato' Wira Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah; YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV dan Puan Mazmiza Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.
Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YB Dato' Seri SUK Negeri Kedah.