faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan Tahun 2024 Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Wilayah Utara

 454417552 896572949181419 5597152418370185354 n  454556792 896573165848064 5230531860573262985 n  454371207 896572982514749 4790929678686707920 n 454287652 896573032514744 6926735678296070778 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri dan menyempurnakan Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan Tahun 2024 Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Wilayah Utara pada 6 Ogos 2024 (Selasa) bertempat di Wisma JAN Negeri Pulau Pinang.

Sambutan yang bertemakan ‘Jiwa Merdeka’ ini telah menggabungkan para pegawai dari tiga JAN Negeri merangkumi Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Majlis yang meriah dan bermakna ini telah dimulakan dengan kawad penyerahan bendera oleh anggota RELA Negeri Pulau Pinang kepada YBhg. Datuk KAN dan diakhiri dengan pelepasan burung merpati oleh YBhg. Datuk KAN sebagai simbolik kepada erti kemerdekaan.

Turut memeriahkan majlis peluncuran tersebut ialah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III dan Pengarah-pengarah Audit Negeri (Zon Utara).

 454211107 896573099181404 2214149442275060490 n  454312274 896573135848067 7268941826357087199 n 454370774 896573069181407 2163142603712884126 n 454310061 896573249181389 5249356584315539887 n
  • Modified on: 07 Aug 2024
  • Print
  • 330