Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Audit Negara (KAN) mengadakan Lawatan Kerja ke Negeri Pulau Pinang dan Kedah pada 5 dan 6 Ogos 2024. Sesi lawatan kerja ini dimulakan dengan kunjungan hormat YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) kepada YB Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Bangunan Komtar petang ini.
Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KAN.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YB Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang; YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YB Dato' Zabidah binti Safar, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang; YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan Bahagian III dan YBrs. Dr. Zaharuddin bin Zainal Abidin, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang.
Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YB Dato' Seri SUK Negeri Pulau Pinang.