Himpunan Pembebasan Palestin
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Warga Jabatan Audit Negara hadir ke Himpunan Pembebasan Palestin pada 4 Ogos 2024 (Ahad) di Axiata Arena, Bukit Jalil. Himpunan yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri ini telah dihadiri oleh ribuan orang ramai untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin dan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin.
Himpunan ini jelas menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia menentang kezaliman terhadap rakyat Palestin. Himpunan seperti ini juga diharap akan menjadi satu cara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bersolidariti bersama perjuangan rakyat Palestin secara berterusan.
Turut hadir menyatakan sokongan adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar; Pengarah Audit Kewangan II, YBrs. En. Azunan Daud; dan YBrs. Encik Serjana Ibrahim, Pengarah Bahagian Susulan Audit.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |