Ziarah Kasih Encik Shahrin bin Sharif, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F32), Bahagian Audit ICT
![]() |
![]() |
![]() |
Hari ini, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah meluangkan masa menziarahi Encik Shahrin bin Sharif, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, (F32) yang sedang menjalani rawatan jantung sejak 26 Julai 2024 yang lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Di kesempatan yang sama, beliau telah menyerahkan sumbangan tunai Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) dan peribadi beliau sebagai sokongan moral dan kewangan kepada keluarga pegawai.
Turut sama dalam sesi ziarah tersebut ialah YBrs. Dr. Alifah Aida Lope Abd. Rahman, Pengarah Bahagian Audit ICT; Encik Saiful Anuar Zakaria, Timbalan Pengarah Audit, Sektor Audit Prestasi dan Puan Hely Herlina Kassim, Setiausaha MASJAN.
Seluruh warga JAN terus mendoakan agar Encik Shahrin dikurniakan aafiyah dengan segera dan kembali sihat seperti sedia kala.