faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Jabatan Audit Negara, Negeri Johor

 453504706 893421212829926 6848221684294449553 n  453505576 893421106163270 2908522321696993469 n  453507071 893421296163251 4320672120588813105 n 453505163 893420899496624 1123461482061392170 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri dan menyempurnakan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Jabatan Audit Negara, Negeri Johor pada 1 Ogos 2024 (Khamis) bertempat di Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

YBhg. Datuk KAN turut menerima penyerahan Jalur Gemilang oleh Encik Saiful Hisham bin Mansor, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor sebagai tanda sokongan kepada Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang dalam menterjemah semangat patriotik dan rasa bangga menjadi anak Malaysia khususnya di kalangan pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Johor. Sambutan telah dimulakan dengan sesi ceramah yang bertajuk ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka" yang telah disampaikan oleh En. Baniamin Bin Abu Bakar, Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru.

Turut memeriahkan majlis sambutan tersebut ialah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV ; YBrs. Puan Norni @ Lina Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JAN dan warga JAN Negeri Johor.

  • Modified on: 03 Aug 2024
  • Print
  • 300