faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

 453779328 893009992871048 4387747334256547950 n  453417837 893010219537692 2116662816996642674 n 453865591 893010446204336 680503975431214858 n 453865771 893010139537700 199068972510966631 n

 

Kunjungan hormat YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) kepada YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada 1 Ogos 2024 (Khamis).

Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 yang telah dipengerusikan oleh Datuk Ketua Audit Negara sendiri.

Hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor; YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan dan YBrs. Puan Norni @ Lina Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor.

Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YB Dato' Pegawai Kerajaan Negeri Johor.

  • Modified on: 02 Aug 2024
  • Print
  • 268