Sesi Libat Urus Bersama Firma Audit Swasta, Ernst & Young PLT
Gerak kerja susulan Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 diteruskan dengan sesi libat urus bersama Firma Audit Swasta, Ernst & Young PLT pada 30 Julai 2024 (Selasa) di Wisma Audit Negeri Selangor. Perbincangan berkisar kepada medium kerjasama strategik antara Jabatan Audit Negara dan Firma Audit Swasta bagi memperkukuhkan tata kelola perkhidmatan awam.
Ernst & Young PLT diwakili oleh YBhg Dato’ Abdul Rauf Rashid, EY Malaysia Managing Partner, Tuan Ahmad Qadri dan Tuan Syarizal Rahim. Turut bersama adalah YBrs. Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).