faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

 453099777 891741126331268 8388478102997047164 n  453313631 891741119664602 7614865423730768943 n  453300028 891741136331267 8903884906240313946 n 453320232 891741102997937 7736557921621227889 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah meneruskan siri lawatan ke Negeri Selangor dengan mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada 30 Julai 2024 di Shah Alam, Selangor.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YB Dato' Setia Haji Haris Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YB Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri; YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV dan YBrs. Puan Zirawati Kadir, Pengarah Audit Negeri Selangor.

Seusai mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YB Dato' Setia SUK Negeri Selangor.

  • Modified on: 31 Jul 2024
  • Print
  • 275